MATAPELAJARAN IT
MOHD SHAHRIZAL SUNAR
Ph.D Computer Graphics (UKM)
M.Sc Comp. Graphics & Virtual Environments (Univ. of Hull, UK)
B Comp. Sc. (UTM)
Ph.D Computer Graphics (UKM)
M.Sc Comp. Graphics & Virtual Environments (Univ. of Hull, UK)
B Comp. Sc. (UTM)
Associate Professor / Head of Department
Department of Computer Graphics & Multimedia
Faculty of Computer Science & Information Systems
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai Johor
MALAYSIA
e-mail: shah{at}cs.utm.my || shahrizal{at}utm.my Faculty of Computer Science & Information Systems
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai Johor
MALAYSIA
Phone: +607-5532321 || Fax: +607-5565044
IT kali kami diberi tugasan
membuat laporan mengenai lawatan ke IMIC di Dangay Bay Johor Bahru. Di IMIC
kami diberi taklimat tentang Iskandar Malaysia dan di pratontonkan beberapa
peralatan multi media didalam pusat penerangan ini.
Teknologi
Cloud Computing pula dengan adanya teknologi ini kita tidak perlu membawa
pendrive atau external hard disk untuk kuliah kerana data yang anda sudah simpan itu dapat diakses dari
tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari
mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
Etika
Profesional di Alam Maya, dalam tajuk ini kami diberi tugasan untuk menceritakan
serba sedikit mengenai apakah ekita Profesional
di Alam Maya dan kerja ini di buat dalam bentuk power point dan hendaklah di ‘share’
pada ‘dropbox’
MATAPELAJARAN GEOLOGI
ASSOCIATE
PROFESSOR DR. RADZUAN JUNIN
Position: Associate Professor
Email: radzuan@fkkksa.utm.my
Phone: 607-553 5732/5638
Fax: 607-558 1463
Address:
Petroleum Engineering Department
Faculty of Chemical and Natural Resources
Engineering
Universiti Teknologi Malaysia
Position: Associate Professor
Bagi matapelajaran kimia kali ini kami mempelajari matapelajaran baru
iaitu sedimentologi dan stratigrafi. Sedimentologi ailah mengkaji tentang batu
sedimen, pembentukannya dan apakah factor-faktor yang mempengaruhi
pembentuknya. Kemudian kami mempelajari tentang pembentukan tanih, jenis-jenis
lapisan tanih dan bagaimana tanih ini dan juga apakah factor yang menyebabkan
berlakunya perubahan pada tanih ini. Dalam kelas amali kami membuat kajian tentang taburan sedimen dengan
kaedah pengayakan kering, dimana sampel pasir ditimbang dan diayak dengan
beberapa jenis lapisan penapis dari penapis yang kasar (2.00 mm) hingga penapis
yang terhalus (125 mikron), kemudian menimbang peratus baki sampel yang
bertahanan dalam penapis. Amali kedua, kami membuat penentuan komposisi mineral
dan bentuk zarah dalam pasir silica. Dengan menggunakan mikroskop binokular
kami menentukan saiz pasir ini samada bersegi, subbersegi, subbundar atau
bundar.
MATAPELAJARAN BIOLOGI
Dr. Fazilah Binti Abd Manan
Department of Biology Sciences
Department of Biology Sciences
Faculty of Biosciences and
Bioengineering,
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM, Johor, Malaysia
81310 UTM, Johor, Malaysia
07-5534131 (Office)
m-fazilah[at]utm.my /
fazilah[at]fbb.utm.my
Bagi matapelajaran biologi kali
ini kami mempelajari mengenai mikrobiologi seperti prokariot, eukariot dan
arkea. Selalunya kita kaitkan mikrob ini dengan penyakit, untuk makluman mikrob
juga ada kebaikannya pada manusia seperti proses fermentasi untuk alcohol dan
penghasilan produk tenusu. Bakteria ada mempunyai perbagai saiz dan
bentuk(morfologi). Saiz bakteria adalah antara 0.5 – 5.0 mikrometer, ada sesetengah spesies yang besar
berukuran hampir 0.5 mm, e.g: Thiomargarita namibiensis, Epulopiscium
fishelsoni. Antara bakteria yang paling kecil adalah Mycoplasma.
Kebanyakan bakteria berbentuk bulat atau koki
(kokus), berbentuk rod
atau basillus. Sesetengah bakteria
berbentuk seperti komma dan bakteria ini digelar vibrio. Ada bakteria berbentuk
spiral dan digelar spirilla ada juga berbentuk koil ketat seperti spring
dan spesies ini dipanggil spirochaetes.
Kemudian kami belajar pengkelasan bakteria. Ada dua jenis bakteria: Gram positif (biru/ungu) dan Gram negative (merah
jambu). Pewarnaan Gram diasaskan oleh
Hans Christian Gram dari denmark-1844.
Bentuk-bentuk bakteria |
Dr. Alina
Binti Wagiran
|
Masters degree Horticulture and Lanscape
|
Bachelor of Science Botany
|
E-mel : alina@fbb.utm.my
|
el : 07-5534498 |
Kelas amali
bersama Dr Alina kami diberi amali pertama iaitu melihat contoh alga, kulapok
dan protozoa .Pada slide kaca kami melihat dengan menggunakan mikroskop
kemudian melakar dan melabelkannya.
Untuk amali ke
dua kami diajar marfologi bakteria, morfologi
ialah 'pengetahuan tentang bentuk (morphos). Morfologi dalam cabang
ilmu biologi adalah ilmu tentang bentuk organisme dan
mencakup bahagian-bahagiannya. Untuk amali marforlogi bakteria pertama kita
panaskan loop pada api hingga merah menyala, biarkan sebentar hingga sejuk kemudian
sentuh pada sample bakteria E.Coli dan
sentuhkan secara perlahan pada plat agar dengan cara teknik aseptik, teknik
radial dan teknik continuous streak . Simpan plat agar ini dalam ovan dengan
suhu 37 darjah celcius selama 16 jam dan selepas itu kita akan dapat melihat
hasilnya seperti gambar dibawah.
Bacillus subtilis
|
Staphylococcus aureus
|
MATAPELAJARAN KIMIA
Prof.
Dr Abdul Rahim Yacob
B.Sc.(Hons)(USM), MPhil.(Cardiff UK), PhD.(Cardiff UK)
Position: Professor in Physical Chemistry and Forensic Science
Telephone:
6-07-5534505
Fax: 6-07-5566162
E-mail: manrahim@kimia.fs.utm.my
Bagi matapelajaran kimia kali ini
berbeza sedikit, kami diajar dengan matapelajaran ‘Good Laboratory Practice’ iaitu
amalan yang baik dalam makmal. Amalan latihan dalam makmal mesti ada
pelaksanaan sistem yang berkualiti, perancangan yang bagus bagi merekod setiap
tugasan yang dibuat dan membuat laporan jika ada berlaku kerosakan peralatan
makmal.
Dr. Rahim juga ada menegaskan
Amalan 5S adalah salah satu amalan yang terbaik. Dengan adanya 5S makmal kita
akan tersusun dan sentiasa kemas.
Amalan keselamatan dalam makmal mesti ada kerana di dalam makmal
kimia contohnya terdapat banyak bahan-bahan kimia yang merbahaya. Contoh alat
keselamatan yang biasa ada didalam
makmal adalah alat pemadam api, fire blanket, safety shower, eye wash, pelindung
mata, pelindung muka, pemutup hidung, penutp telinga, peti pertolongan cemas,
dan sarung tangan.
Bahan kimia dalam makmal
mempunyai berbagai tahap merbahayanya, simbol hazard yang ada pada botol bahan
kimia adalah panduan kepada kita jika menggunakannya. Kita haruslah sentiasa
berwaspada dengan memetuhi peraturan-peraturan yang ada dalam makmal demi
keselamatan kita dan teman sekerja kita.
MATAPELAJARAN FIZIK
PROF MADYA DR. KARIM BIN DERAMAN
Professor Madya
Jabatan Fizik
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor
Tel: +607-5534091 Email: karimd@utm.my
Jabatan Fizik
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor
Tel: +607-5534091 Email: karimd@utm.my
Matapelajaran
fizik kali ni kami belajar mengenai Kinematik. Kinematik adalah
pergerakan tanpa melibatkan daya.
Mekanik pula, memahami dan menerangkan
konsep asas gerakan atau kinematik, daya dan tenaga. Memahami dan menerangkan
konsep haba dan suhu. Memahami dan menerangkan konsep zarah dan radioaktifan.
Momentum-Impuls, kerja, tenaga, kuasa dan
tekanan. Momentum bergantung kepada jisim dan halaju sesuatu abjek. Untuk
memberhentikan sesuatu abjek daya diperlukan melawan gerakan untuk sela masa
tertentu. Momentum sebelum dan selepas yang sama dipanggil keabadian momentum.
Haba
dan Suhu, suhu diukur dengan termometer dimana molekul (raksa) akan mengembang
akibat tindakan apabila panas dan secara langsung menunjukkan bacaan. Suhu
diukur dalam darjah Celsius. 0 darjah Celsius bersamaan 32 darjah Fahrenheit
manakala 100 darjah Celsius bersamaan 212 darjah Fahrenheit
Dalam
kelas amali kami membuat analisis mengenai peranan berat air dalam kelalang
memperangruhi faktor perubahan suhu. Kami mencatat setiap perubahan menurunnya
suhu dengan setiap minit. Kami membuat 3 contoh berat air dengan berat yang
berbeza, kemudian dilakarkan pada graf.
Sekian,
itulah serba sedikit mengenai log matapelajaran yang kami ikuti pada sesi kali
ini
Terima
kasih.