Translate

Selasa, 19 Februari 2013

Apa Itu Cloud Computing



Cloud Computing Atau Perkomputeran Awan

Cloud computing adalah proses di mana Anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda mengupload data-data milik anda ke sebuah website kemudian data yang anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
Apple memandang Cloud Computing sebagai satu proses yang mempunyai masa depannya tersendiri. Keseriusan mereka terserlah, buktinya Apple mencipta aplikasi iCloud untuk membolehkan aktiviti perkomputeran awan dilakukan melalui peranti mereka seperti MacBook, iPhone atau iPad. Perkomputeran awan boleh dijalankan bila-bila masa, dari mana-mana saja, biasanya dengan menggunakan website percuma atau aplikasi web percuma seperti Google Docs.
Sebagai contoh,  jika kita mengupload gambar-gambar melalui laptop MacBook  kita ke Google Picasa. Setelah itu, kita keluar ke sebuah restoran untuk berjumpa dengan kawan, sambil kita minum-minum, kita boleh mengakses laman web Google Picasa tadi melalui iPhone 4. Pada masa yang sama kita telah mengupload semua gambar-gambar kesukaan itu untuk kita perlihatkan kepada kawan kita tadi. Dalam masa yang sama juga, adik kita di rumah turut mengakses Google Picasa milik kita melalui komputer tablet iPad miliknya, kemudian memuatkan naik (upload) beberapa lagi gambar untuk ditambah bagi menyerikan suasana.



Contoh terbaik untuk memahami cloud computing atau perkomputeran awan adalah seperti 4shared, di mana di dalam website ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan langsung tidak pernah berjumpa, tapi mempunyai minat yang sama iaitu menyukai lagu tersebut. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mengakses laman 4shared, melihat lagu yang diupload, menyukainya lalu mendownload lagu tersebut atau memberikan linknya kepada rakan-rakan lain.
Cloud computing semakin banyak digunakan. Syarikat besar juga menggunakan cloud Computing sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk mem’backup’ data-data penting. Menjimatkan kertas, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan mijimatkan wang kita.
Seperti kemudahan digital lain, Cloud Computing ada risiko tersendiri. Apa saja benda yang menggunakan ‘password’ boleh dipecah masuk. Laman web milik kita boleh digodam oleh hacker berkemahiran. Mungkin orang lain dapat tahu tentang password kita, membuka laman web kita kemudian memadamkan data-data yang tersimpan di situ tanpa kita ketahui.
Walau bagaimanapun, risiko-risiko ini boleh dikawal dari semasa ke semasa. Kebaikan Cloud Computing jauh lebih banyak kebaikkan dari keburukannya. Ia banyak memudahkan kerja kita seharian di tempat kerja amnya.

1 ulasan:

  1. Terima kasih sudah memberikan definisi Cloud Computing dengan jelas :)

    BalasPadam