LAPORAN LAWATAN
ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTRE (IMIC)
DANGA BAY
Pengenalan
Program lawatan ke Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) adalah merupakan salah satu daripada aktiviti dalam selibus IT kepada peserta Program Bridging Jawatan Pembantu Makmal Ke Jawatan Penolong Pegawai Sains bagi siri 2 UTM. Harapan kami adalah agar dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugasan seharian yang berkaitan dengan IT.
Program lawatan ke Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) adalah merupakan salah satu daripada aktiviti dalam selibus IT kepada peserta Program Bridging Jawatan Pembantu Makmal Ke Jawatan Penolong Pegawai Sains bagi siri 2 UTM. Harapan kami adalah agar dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugasan seharian yang berkaitan dengan IT.
Seramai 30 orang peserta kursus ini pergi ke IMIC dengan menaiki bas UTM.
Pensyarah IT, Prof. Madya Dr. Shahrizal bin Sunar tidak dapat turut serta,
namun persiapan telah diatur dengan baik. Setibanya kami di IMIC, kami telah
disambut oleh ketua Unit Penyengaraan IMIC berserta 2 orang pembantunya.
Tempat:
Iskandar
Malaysia Information Centre (IMIC) Danga Bay Johor Bahru,
Johor
Penganjur:
HCD UTM
Penyertaan:
Peserta
Program Bridging Siri 2 UTM (30 orang)
Tujuan:
Tujuan
utama lawatan ialah untuk mendedahkan peserta kursus bahawa bagaimana teknologi
IT dapat memberi sumbangan besar kepada kemajuan manusia khususnya rakyat di negeri Johor ini. Kami difahamkan terdapat
beberapa teknik, perisian canggih multimedia dan peralatan terkini yang lain digunakan
untuk memberi dan menyampaikan maklumat tentang Iskandar Malaysia yang terdapat
di IMIC.
Objektif Lawatan:
-
Mendapatkan sedikit maklumat
daripada IMIC tentang perancangan dan strategi mewujudkan Iskandar Malaysia.
-
Melihat Pemikiran teknologi dan inovasi dalam
bidang penyampaian maklumat.
Aturcara Program:
Bahagian 1: Sesi
Taklimat IMIC
Aturcara
dimulakan dengan penerangan atau taklimat dari Pegawai IMIC di Bilik Penerangan
IMIC. Taklimat mengenai pembangunan Iskandar Malaysia Information Centre berlangsung hampir 45 minit dan diakhiri
dengan sesi soaljawab berkaitan pembangunan di IMIC. Peserta lawatan berminat dengan taklimat yang
disampaikan dan ada berapa orang yang bertanyakan satu dua soalan mengenai
Iskandar Malaysia.
Bahagian 2: Demo & Pameran IMIC
Bahagian kedua aturcara peserta
dibawa untuk melihat informasi yang terdapat di IMIC Sebelum peserta melihat
secara sendiri taklimat ringkas telah diberikan oleh staf di IMIC.
Maklumat Peralatan Digunakan Dalam Penyampaian Maklumat:
Peserta dapat melihat secara live
dan dekat. Melihat dan merasakan sendiri penggunaan teknologi IT dan multimedia
di IMIC dalam penyampaian maklumat. Berikut adalah peralatan dan perisian
maltimedia yang digunakan.
1. HP komputer (touch screen 23”) lebih
kurang 35 buah
2. LCD sebanyak 10 buah
3. Sren besar 4
4. Beberapa perisian khas seperti Matrox
5. 2 set simulasi
Reka bentuk susun atur IMIC adalah berdasarkan pelan IMIC.
Kemudahan di IMIC
1. Penggunaan
Internet percuma
2. Terbuka
untuk seminar
3. Maklumat diterangkan dengan screen besar
Ribuan terima kasih kepada IMIC,
Pej HDC UTM yang membawa kami kesini,
secara langsung kami dapatlah sedikit pengetahuan dan pengalaman.
Sekian, terima kasih
ISKANDAR MALAYSIA
Iskandar
Malaysia,
dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region)
merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor
ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau
Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.
Latar
belakang
Koridor ini
diumumkan oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia Dato'
Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30
Julai
2006. Koridor ini telah
bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4
November
2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya
ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.
Tempoh
pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025
dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak
lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar
Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau
ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai
2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah
Nasional Berhad
akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.
Pelan pembangunan
Pembangunan
itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan
Terbang Antarabangsa Senai
di utara, Pelabuhan
Tanjung Pelepas
(PTP) di barat daya dan Pelabuhan
Pasir Gudang
(PPG) di tenggara.
Syarikat
milik kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan
melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor
Selatan (SJIC).
Berdasarkan
pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan
pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya
ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik
serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan
serta industri kreatif.
Keunikan
Iskandar Malaysia juga dilihat berdasarkan pembangunan sedia ada seperti
pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, Bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam,
Kuarantin dan Imigresen (CIQ) dengan projek-projek pembangunan yang baru.
Projek Pembangunan Nusajaya, sebuah bandar bertaraf
dunia terbesar di Asia
Tenggara
juga termasuk dalam wilayah pembangunan ini.
5 Zon Ekonomi Utama
Zon Ekonomi Utama A : Bandar Johor Bahru
Bandaraya Johor Bahru adalah
'Pintu Masuk Selatan' Malaysia, menerima kedatangan 60% pelancong asing; dan
merupakan destinasi percutian dan membeli-belah utama untuk negara jiran iaitu
rakyat Singapura kerana perbandingan kos barangan dan perkhidmatan yang lebih
rendah

Aktiviti-aktiviti
ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama A adalah melibatkan perkhidmatan kewangan,
perdagangan dan runcit, seni dan budaya, kemudahan hospital, pelancongan
bandar, pembuatan plastik, elektrik dan elektronik dan pemprosesan makanan.
Pada masa depan, sebuah terminal multi-modal akan dibina di Zon Ekonomi Utama A, serta satu sistem MRT/LRT yang menghubungkan Pusat Bandar Johor Bahru dengan kawasan lain di Iskandar Malaysia
Pemaju utama di Zon Ekonomi Utama
A termasuklah Institusi-institusi kewangan global – Citigroup, HSBC dan Kuwait
Finance House, pengilang-pengilang utama – Mizuho Precision Engineering, Tan
Chong Industrial Equipment dan DHL Airfreight serta pemaju-pemaju tempatan –
Danga Bay Holdings, Pelangi, Mah Sing dan Crescendo.
Zon Ekonomi Utama B : Nusajaya
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama
di Zon Ekonomi Utama B adalah fokus kepada pembangunan campuran hartanah,
pentadbiran persekutuan dan negeri serta pergudangan. Selain itu, Zon Ekonomi
Utama B akan menjadi pusat pembuatan berteknologi tinggi, bioteknologi,
kreatif, perubatan, pendidikan dan pelancongan. Zon Ekonomi Utama B menawarkan
banyak peluang pelaburan kepada para pelabur untuk turut serta dalam
pembangunan Iskandar Malaysia, samada dimulakan dengan pembangunan usahasama
atau pembangunan plot-plot tanah di Nusajaya.
UEM
Land adalah pemilik tanah dan pemaju induk Nusajaya dan pemilik lain
termasuklah Iskandar Investment Berhad, Mulpha International Bhd dan SP Setia .

Nusajaya terletak di sebelah
barat Johor Bahru, berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Gelang
Patah. Ianya terletak dalam lingkungan 45 minit perjalanan dari Lapangan
Terbang Changi, Singapura - sebuah pusat penerbangan serantau, dan Lapangan
Terbang Senai, Johor. Kota wilayah itu adalah dibina di dalam kawasan sekitar
24,000 ekar meliputi gabungan kawasan berunsur kediaman, komersial dan perindustrian.
Kota Iskandar akan menyepadukan pembangunan
bersepadu Negeri Johor dan pejabat-pejabat Jabatan Kerajaan Persekutuan yang
meliputi kawasan seluas 320 ekar. Komponen-komponen tersebut akan diwujudkan di
Kota Iskandar yang merangkumi Bangunan Dewan Negeri Johor, Kompleks Ketua
Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri dan
Persekutuan dan sebuah plaza istiadat. Tanah itu adalah di bawah pemilikan
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Perbadanan).
Zon Ekonomi Utama C : Pintu
Pembangunan Barat
Aktiviti-aktiviti
ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama C adalah perkhidmatan pelabuhan dan marin,
pergudangan, pusat logistik, kejuruteraan, pembuatan berteknologi tinggi,
produk-produk makanan, petrokimia, perdagangan entrepot, Ibu pejabat wilayah,
pusat-pusat perolehan serantau dan utiliti-utiliti (kuasa).
MMC Corp BHD, sebuah
syarikat awam yang tersenarai di dalam Bursa Saham Malaysia, adalah peneraju
utama di Zon Ekonomi Utama C, melalui pemilikan sahamnya di Pelabuhan Tanjung
Pelepas (PTP) dan Loji Jana kuasa Tanjung Bin. MMC / Dubai World telah
bercadang untuk membina sebuah Pusat Maritim di Tanjung Bin yang bernilai US$5
bilion.
Kebanyakan
daripada tanah-tanah bank di Zon Ekonomi Utama C adalah merupakan tanah pertanian
dan hutan bakau.Bagi tanah bank yang boleh digunakan, terdapat kira-kira 700 ekar di dalam Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) boleh digunakan untuk tujuan pelaburan dalam pelbagai sektor termasuklah pergudangan, pemerolehan antarabangsa, dan sebagainya. Turut dicadangkan, seluas 2,215 ekar Pusat Maritim di Tanjung Bin juga menawarkan peluang-peluang pelaburan untuk pengusaha minyak dan gas.
Pada
bulan Februari 2008, harga tanah di Zon Ekonomi Utama C adalah dalam anggaran
sekitar RM18 (US$5) setiap kaki persegi (untuk kegunaan perindustrian /
perdagangan).
Laluan
Jalan Ekspress kedua disambungkan dengan kawasan ke Johor Bahru / Kuala Lumpur.
Mengambil masa hanya selama 30 minit perjalanan dari Zon Ekonomi Utama C ke
Johor Bahru dan Lapangan Terbang Senai. Pada masa depan, akan terdapat satu
sistem MRT / LRT disitu, yang akan menyambungkan Zon Ekonomi Utama C dengan
Pusat Bandar Johor Bahru dan tempat lain.
Zon
Ekonomi Utama C terletak di kawasan barat daya wilayah Iskandar Malaysia. Ia
adalah meliputi Mukim Jeram Batu dan Mukim Jelutong ke utara; Mukim Serkat dan
Mukim Sungai Karang ke barat; Selat Tebrau ke selatan; serta Gelang Patah dan
Nusajaya ke timur. Ia merangkumi keluasan melebihi 30,000 ekar.
Zon Ekonomi Utama D : Pintu Pembangunan
Timur

Aktiviti-aktiviti
ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama D adalah fokus kepada industri-industri
berat dan logistik, termasuklah elektrik dan elektronik (E&E), kimia,
oleokimia, industri berasaskan makanan dan kejuruteraan serta
pelabuhan-pelabuhan dan logistik serta pergudangan. Zon Ekonomi Utama D lebih
menumpukan kepada industri penapisan minyak palma dan aktiviti-aktiviti hilir
di dunia.
Pemaju-pemaju
di Pasir Gudang termasuklah Syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa seperti
Panasonic, Titan Petchem, Kiswire, Western Digital dan IOI Loaders.
Kebanyakan
tanah-tanah milikan bank di Zon Ekonomi Utama D adalah zon perindustrian (Hak
milik pajakan: '30+30'-year pajakan atau 60 tahun pajakan) dan jenis kediaman
(hak milik bebas dan hak milik pajakan).
Zon Ekonomi Utama
E : Senai - Skudai
Aktiviti-aktiviti
ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama E adalah perkhidmatan lapangan terbang,
kejuruteraan, elektrik dan elektronik (E&E) dan pendidikan. Pada masa
hadapan, Zon Ekonomi Utama E akan juga akan menjadi pusat untuk agro dan
pemprosesan makanan, ICT serta pelancongan jualan runcit.

Zon
Ekonomi Utama E adalah sinonim dengan Lapangan Terbang Senai dan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Pemaju-pemaju utama termasuklah Lee Rubber, Boustead,
Asia, IOI Properties dan Johor Corporation.
Lapangan Terbang Senai dijangkakan akan menjadi lapangan terbang kedua
di rantau selepas Changi pada tahun 2025. Ia hanya mengambil masa selama 30
minit perjalanan dari Johor Bahru ke Lapangan Terbang Senai. Pada masa akan
datang, sebuah terminal multi-modal dan bandar raya siber akan dibangunkan di
Zon Ekonomi Utama E; sebuah sistem MRT / LRT yang menyambungkan Zon Ekonomi
Utama E ke Pusat Bandar Johor Bahru dan ke tempat lain juga disediakan.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Malaysia adalah kejuruteraan awam tertua dan universiti teknologi di Malaysia, dan dikenali juga sebagai UTM. Universiti itu mengkhususkan kepada kajian teknikal, dengan fakulti-fakulti berasingan untuk Pendidikan, Sains Tulen dan Pengurusan serta Pembangunan Sumber Manusia. Universiti tersebut juga mempunyai kerjasama akademik antarabangsa dan menawarkan 108 program lepasan ijazah Kejuruteraan dan Teknologi.
Universiti Teknologi Malaysia adalah kejuruteraan awam tertua dan universiti teknologi di Malaysia, dan dikenali juga sebagai UTM. Universiti itu mengkhususkan kepada kajian teknikal, dengan fakulti-fakulti berasingan untuk Pendidikan, Sains Tulen dan Pengurusan serta Pembangunan Sumber Manusia. Universiti tersebut juga mempunyai kerjasama akademik antarabangsa dan menawarkan 108 program lepasan ijazah Kejuruteraan dan Teknologi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan