Translate

Khamis, 21 Februari 2013

RINGKASAN LOG MATAPELAJARAN


MATAPELAJARAN IT


MOHD SHAHRIZAL SUNAR
Ph.D Computer Graphics (UKM)
M.Sc Comp. Graphics & Virtual Environments (Univ. of Hull, UK)
B Comp. Sc. (UTM)
Associate Professor / Head of Department
Department of Computer Graphics & Multimedia
Faculty of Computer Science & Information Systems
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai Johor
MALAYSIA
e-mail: shah{at}cs.utm.my || shahrizal{at}utm.my
                                         Phone: +607-5532321  ||  Fax: +607-5565044


       IT kali kami diberi tugasan membuat laporan mengenai lawatan ke IMIC di Dangay Bay Johor Bahru. Di IMIC kami diberi taklimat tentang Iskandar Malaysia dan di pratontonkan beberapa peralatan multi media didalam pusat penerangan ini.
Teknologi Cloud Computing pula dengan adanya teknologi ini kita tidak perlu membawa pendrive atau external hard disk untuk kuliah kerana data yang anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
Etika Profesional di Alam Maya, dalam tajuk ini kami diberi tugasan untuk menceritakan serba sedikit mengenai  apakah ekita Profesional di Alam Maya dan kerja ini di buat dalam bentuk power point dan hendaklah di ‘share’ pada ‘dropbox’

MATAPELAJARAN GEOLOGI

 ASSOCIATE PROFESSOR DR. RADZUAN JUNIN
Position: Associate Professor
Phone: 607-553 5732/5638
Fax: 607-558 1463
Address:
Petroleum Engineering Department
Faculty of Chemical and Natural Resources Engineering
Universiti Teknologi Malaysia

Bagi matapelajaran kimia kali ini kami mempelajari matapelajaran baru iaitu sedimentologi dan stratigrafi. Sedimentologi ailah mengkaji tentang batu sedimen, pembentukannya dan apakah factor-faktor yang mempengaruhi pembentuknya. Kemudian kami mempelajari tentang pembentukan tanih, jenis-jenis lapisan tanih dan bagaimana tanih ini dan juga apakah factor yang menyebabkan berlakunya perubahan pada tanih ini. Dalam kelas amali kami  membuat kajian tentang taburan sedimen dengan kaedah pengayakan kering, dimana sampel pasir ditimbang dan diayak dengan beberapa jenis lapisan penapis dari penapis yang kasar (2.00 mm) hingga penapis yang terhalus (125 mikron), kemudian menimbang peratus baki sampel yang bertahanan dalam penapis. Amali kedua, kami membuat penentuan komposisi mineral dan bentuk zarah dalam pasir silica. Dengan menggunakan mikroskop binokular kami menentukan saiz pasir ini samada bersegi, subbersegi, subbundar atau bundar.

MATAPELAJARAN BIOLOGI

Dr. Fazilah Binti Abd Manan
Department of Biology Sciences
Faculty of Biosciences and Bioengineering,
Universiti Teknologi Malaysia
81310  UTM, Johor, Malaysia
  
07-5534131 (Office)

m-fazilah[at]utm.my / fazilah[at]fbb.utm.my  


Bagi matapelajaran biologi kali ini kami mempelajari mengenai mikrobiologi seperti prokariot, eukariot dan arkea. Selalunya kita kaitkan mikrob ini dengan penyakit, untuk makluman mikrob juga ada kebaikannya pada manusia seperti proses fermentasi untuk alcohol dan penghasilan produk tenusu. Bakteria ada mempunyai perbagai saiz dan bentuk(morfologi). Saiz bakteria adalah antara 0.5 – 5.0 mikrometer, ada sesetengah spesies yang besar berukuran hampir 0.5 mm, e.g: Thiomargarita namibiensis, Epulopiscium fishelsoni. Antara bakteria yang paling kecil adalah Mycoplasma.
Kebanyakan bakteria berbentuk bulat atau koki (kokus), berbentuk rod atau basillus.  Sesetengah bakteria berbentuk seperti komma dan bakteria ini digelar vibrio. Ada bakteria berbentuk spiral dan digelar spirilla ada juga berbentuk koil ketat seperti spring dan spesies ini dipanggil spirochaetes. Kemudian kami belajar pengkelasan bakteria. Ada dua jenis bakteria: Gram  positif (biru/ungu) dan Gram negative (merah jambu).  Pewarnaan Gram diasaskan oleh Hans Christian Gram dari denmark-1844.
Bentuk-bentuk bakteria




Dr. Alina Binti Wagiran
Masters degree Horticulture and Lanscape
Bachelor of Science Botany
E-mel : alina@fbb.utm.my
el : 07-5534498



Kelas amali bersama Dr Alina kami diberi amali pertama iaitu melihat contoh alga, kulapok dan protozoa .Pada slide kaca kami melihat dengan menggunakan mikroskop kemudian melakar dan melabelkannya.  
Untuk amali ke dua kami diajar marfologi bakteria, morfologi ialah 'pengetahuan tentang bentuk (morphos). Morfologi dalam cabang ilmu biologi adalah ilmu tentang bentuk organisme dan mencakup bahagian-bahagiannya. Untuk amali marforlogi bakteria pertama kita panaskan loop pada api hingga merah menyala, biarkan sebentar hingga sejuk kemudian sentuh pada sample bakteria E.Coli  dan sentuhkan secara perlahan pada plat agar dengan cara teknik aseptik, teknik radial dan teknik continuous streak . Simpan plat agar ini dalam ovan dengan suhu 37 darjah celcius selama 16 jam dan selepas itu kita akan dapat melihat hasilnya seperti gambar dibawah.




*      Bacillus subtilis

*      Staphylococcus aureus

MATAPELAJARAN KIMIA

Prof. Dr Abdul Rahim Yacob
B.Sc.(Hons)(USM), MPhil.(Cardiff UK), PhD.(Cardiff UK)
Position: Professor in Physical Chemistry and Forensic Science

Telephone: 6-07-5534505
Fax: 6-07-5566162
E-mail: manrahim@kimia.fs.utm.my


Bagi matapelajaran kimia kali ini berbeza sedikit, kami diajar dengan matapelajaran ‘Good Laboratory Practice’ iaitu amalan yang baik dalam makmal. Amalan latihan dalam makmal mesti ada pelaksanaan sistem yang berkualiti, perancangan yang bagus bagi merekod setiap tugasan yang dibuat dan membuat laporan jika ada berlaku kerosakan peralatan makmal.
Dr. Rahim juga ada menegaskan Amalan 5S adalah salah satu amalan yang terbaik. Dengan adanya 5S makmal kita akan tersusun dan  sentiasa kemas.
Amalan keselamatan  dalam makmal mesti ada kerana di dalam makmal kimia contohnya terdapat banyak bahan-bahan kimia yang merbahaya. Contoh alat keselamatan yang biasa ada  didalam makmal adalah alat pemadam api, fire blanket, safety shower, eye wash, pelindung mata, pelindung muka, pemutup hidung, penutp telinga, peti pertolongan cemas, dan sarung tangan.
Bahan kimia dalam makmal mempunyai berbagai tahap merbahayanya, simbol hazard yang ada pada botol bahan kimia  adalah panduan kepada  kita jika menggunakannya. Kita haruslah sentiasa berwaspada dengan memetuhi peraturan-peraturan yang ada dalam makmal demi keselamatan kita dan teman sekerja kita.


MATAPELAJARAN FIZIK

PROF MADYA DR. KARIM BIN DERAMAN
Professor Madya
Jabatan Fizik
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor
Tel: +607-5534091    Email: karimd@utm.my




Matapelajaran fizik kali ni kami belajar mengenai Kinematik. Kinematik adalah pergerakan tanpa melibatkan daya.
Mekanik pula, memahami dan menerangkan konsep asas gerakan atau kinematik, daya dan tenaga. Memahami dan menerangkan konsep haba dan suhu. Memahami dan menerangkan konsep zarah dan radioaktifan.
Momentum-Impuls, kerja, tenaga, kuasa dan tekanan. Momentum bergantung kepada jisim dan halaju sesuatu abjek. Untuk memberhentikan sesuatu abjek daya diperlukan melawan gerakan untuk sela masa tertentu. Momentum sebelum dan selepas yang sama dipanggil keabadian momentum.
Haba dan Suhu, suhu diukur dengan termometer dimana molekul (raksa) akan mengembang akibat tindakan apabila panas dan secara langsung menunjukkan bacaan. Suhu diukur dalam darjah Celsius. 0 darjah Celsius bersamaan 32 darjah Fahrenheit manakala 100 darjah Celsius bersamaan 212 darjah Fahrenheit
Dalam kelas amali kami membuat analisis mengenai peranan berat air dalam kelalang memperangruhi faktor perubahan suhu. Kami mencatat setiap perubahan menurunnya suhu dengan setiap minit. Kami membuat 3 contoh berat air dengan berat yang berbeza, kemudian dilakarkan pada graf. 

Sekian, itulah serba sedikit mengenai log matapelajaran yang kami ikuti pada sesi kali ini
Terima kasih.

























1 ulasan: